white Rose ❤... .. 。◕wHiTe rOoSe◕。.. ... ❤: Wanita Kini.....

Selasa, 16 November 2010

Wanita Kini.....




WANITA KINI 
kebanyakannya memakai tudung...
tapi tahukah kita bahawa tudung yang kebanyakannya dipakai oleh wanita kini,
bukannya tudung walaupun ianya masih lagi dipanggil sebagai tudung.
Fungsi tudung ialah menutup bahagian rambut dan dada wanita dari pandangan orang lain...
tapi kita lihatlah tudung yang dipakai oleh wanita kini...
walaupun mereka memakai tudung, tetapi orang lain masih lagi boleh nampak bahagian-bahagian yang ditutup terutamanya di bahagian dada...
hal ini tidak dapat mencapai tujuan sebenar memakai tudung itu...
Ingatlah, Islam tidak melarang perkembangan fesyen terkini
tetapi fesyen ini seharusnya tidak melanggar dari peraturan Islam

WANITA KINI
kebanyakannya memakai pakaian...
tapi tahukah kita semua bahawa hampir semua pakaian yang dipakai oleh wanita kini
bukannya pakaian walaupun ianya masih lagi dipanggil sebagai pakaian...
fungsi pakaian yang sebenar ialah untuk menutup bahagian tubuh badan
terutamanya yang berkaitan dengan aurat daripada pandangan orang lain
terutamanya kepada mereka yang bukan mahram
TERMASUKLAH  menghalang orang lain daripada melihat BENTUK TUBUH dan SUSUK TUBUH wanita daripada kelihatan... tapi, mari kita semua lihat pada pakaian WANITA pada masa KINI...
WANITA KINI memakai pakaian tetapi orang lain masih lagi boleh melihat BENTUK TUBUH mereka
terutamanya pada bahagian-bahagian yang boleh memukau pandangan mata lelaki...
Ingatlah, Islam tidak melarang perkembangan fesyen terkini tetapi fesyen ini seharusnya tidak melanggar dari peraturan Islam

Inilah perkembangan fesyen WANITA KINI yang semakin disukai dan digilai oleh kaum wanita sekarang...
1.) pakaian yang membuka bahagian tangan iaitu daripada telapak tangan hingga ke siku
2.) pakaian yang mendedahkan bahagian dada
3.) tudung yang kecil dan singkat
4.) pakaian yang nipis
5.) pakaian yang ketat dan padat
6.) pakaian yang singkat


WANITA KINI
sedarlah bahawa pakaian tersebut tidak menepati kepada peraturan yang ditetapkanlah oleh syarak...
Ingatlah, umur kita semakin meningkat
bermakna akal kita semakin bijak dan pandai
untuk menentukan apa yang boleh dan apa yang dilarang oleh Allah...



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 ulasan:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen